Salam

Tuesday, July 26, 2011

TADARUS ALQURAN 1432 HIJRAH

Salam semua!

Ramadhan pesta beribadah akan menjelang. Semua warga BPAS yang beragama Islam diwajibkan menyertai Tadarus Al-Quran tahun ini.

Tuan/puan akan dipecahkan kepada 10 kumpulan seperti yang diletakkan di papan kenyataan Kelab BPAS.
Senarai juzuk dan tempat juga dinyatakan. Masa bacaan jam 8.30 hingga 9.00 pagi setiap hari bekerja Bulan penuh berkat ini. Pada hari Jumaat Majlis bacaan Yaasin dan doa akan diadakan pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat BPAS.

Majlis Khatam dijangka pada 24 Ogos 2011. InsyaAllah.

Semarakkan Ramahan tahun ini. Semoga ianya menjadi Ramadhan terbaik di dalam hidup kita.

MAJLIS YAASIN, TAHLIL DAN JAMUAN KESYUKURAN SEMPENA RAMADHAN

Salam,

Kelab BPAS akan menganjurkan majlis di atas spt berikut seperti mana memo yang dikeluarkan ada hari ini

Tarikh : 29 Julai 2011(Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat :Bilik Mesyuarat BPAS

Semua warga BPAS dijemput.

Sumbangan makanan (pot luck) adalah dialu-alukan.

Pemberian nama arwah untuk dihadiahkan doa dibenarkan menggunakan borang yang diedar dan beserta sumbangan ikhlas. Serahkan borang tersebut kepada Pn Saridah Md Dom, Ketua Biro Kebajikan Kerohanian dan Dakwah II.

Semua AJK dan Biro terlibat secara total dan tiada pengecualian serta kompromi.

Sekian, terima kasih.

Thursday, June 30, 2011

Pertandingan Antara Rumah Sukan 2011: Badminton

Salam untuk semua,

Acara Badminton antara rumah sukan 2011 akan berlangsung seperti berikut;

Tarikh: 16 Julai 2011
Masa : 9 pagi
Tempat : Dewan Badminton Kompleks Kota Raya

Kepada wakil pasukan, pastikan kehadiran anda. Semua warga BPAS dijemput memeriahkan acara dengan memberi sokongan padu kepada wakil rumah sukan anda. Sarapan pagi disediakan oleh Kelab BPAS. Kita jumpa di sana!

Majlis Ceramah Isra' Mikraj serta Yasin & Tahlil Bulan Jun 2011

Salam kepada semua,

Sempena 27 Rejab 1432 Hijrah pada hari Rabu yang lalu, sukacita Kelab BPAS menjemput tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ceramah sempena Isra' Mikraj bagi menginsafi peristiwa junjungan besar Nabi SAW dibawa dari kota Mekah ke Baitulmaqdis sebelum diangkat ke langit menerima jemputan Allah Azzawajalla.

Majlis di atas yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: 1 Julai 2011 (Jumaat)
Masa: 10 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat BPAS

Semoga komitmen tuan-puan dalam menghadiri majlis ilmu kita ini diberkati oleh Allah SWT jua.