Salam

Saturday, February 26, 2011

Perjumpaan Pengurusan BPAS

Salam warga BPAS,

Satu majlis perjumpaan semua warga BPAS dengan pihak pengurusan BPAS akan diadakan pada 28 Februari 2011 (Isnin) jam 11.30 pagi di Bilik Mesyuarat BPAS.

Tujuan perjumpaan ini meraikan perpisahan TP(A), En.Lim Wing Choong dan PP(KP), En. Rizal Ahmad Hariri yang masing-masing akan berpindah ke Kementerian Dalam Negeri dan Agensi Penguatkuasaan Maritim. Selain itu juga dimaklumkan bahawa Cik Farah Nadia juga akan menamatkan perkhidmatan beliau.

Kelab BPAS telah ditugaskan untuk menyediakan cenderahati bagi majlis tersebut.

Semua warga BPAS adalah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut dengan membawa kuih-muih dan buah-buahan. Makanan utama telah disediakan oleh pihak pentadbiran BPAS.

Thursday, February 24, 2011

Bermulanya sukan Kelab BPAS Tahun 2011

Salam semua warga BPAS,

Sukan Kelab BPAS 2011 telah bermula dari 21 Februari 2011. Untuk julung kalinya, acara outdoor akan memulakan mengambil tempat terlebih dahulu.

Sukan pertama yang dimaikan adalah ping pong.

Semua pemain dinasihatkan mematuhi waktu rehat dan bersedia untuk bertanding! Selamat maju jaya!

Ceramah Kepenggunaan oleh FOMCA

Salam kepada semua warga BPAS,

Kelab BPAS akan menganjurkan ceramah bertajuk Pengguna Proaktif : Isu-isu Kepenggunaan oleh wakil FOMCA pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut;

Tarikh : 3 Mac 2011 (Khamis)
Masa : 9.45 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat BPAS

Makanan dan minuman adalah disediakan.

Tuan-tuan/puan-puan adalah dijemput untuk menjayakan sesi ceramah tersebut dalam menambah pengetahuan tentang ilmu kepenggunaan.

Rekod kehadiran akan diambil dan akan direkodkan untuk pengeluaran sijil kursus dalaman BPAS.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, February 8, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah Anjuran Kelab BPAS

Salam,

Dimaklumkan bahawa Biro Kerohanian dan Dakwah akan menganjurkan majlis di atas seperti berikut;

Tarikh : 17 Februari 2011 (Khamis)
Masa : 12.45 tengahari
Tempat: Bilik Mesyuarat BPAS
Aturcara Majlis:
              12.30 tgh -ketibaan semua hadirin
              12.45 tgh -Ceramah oleh SS Ustaz Abdul Shahiid
              1.30 tgh -Jamuan Pot Luck( Dialu-alukan untuk sumbangan makanan)
              1.50 tgh -Solat Jemaah Fardhu Zuhur di Surau BPAS
              2.00 ptg -Bersurai

Memo akan dikeluarkan kemudian dan tertakluk kepada sebarang perubahan.

Sekian, terima kasih.