Salam

Wednesday, April 27, 2011

Sukan antara rumah : Bowling...

Salam semua,

Adalah dimaklumkan bahawa anjuran Biro Sukan dan Rekreasi Kelab BPAS akan mengadakan acara bowling sempena sukan antara rumah seperti berikut;

Tarikh  : 25 Jun 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bukit Jalil Golf & Country Club

Semua peserta dikehendaki melapangkan masa untuk acara tersebut.

Setiap rumah perlu menghantar 8 orang peserta. Jika kurang dari 8 orang, pasukan tersebut akan bermain dengan kurang pemain atau mengaku kalah sahaja "WALK OVER"...

Kelab BPAS akan menanggung RM 3 per peserta dan RM 80 adalah dibiayai oleh pasukan masing-masing.

Kita jumpa di sana!

Wassalam

Yaasin dan Tahlil Ringkas Bulan April 2011

Salam semua,

Adalah dimaklumkan bahawa Kelab BPAS  menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk ke majlis di atas yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 29 April 2011 (Jumaat)
Masa  : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat BPAS

Sumbangan wang tunai dan makanan (pot luck) adalah dialu-alukan. Semoga kita semua diberkati-Nya.

Wassalam.