Salam

Saturday, May 28, 2011

Perjumpaan Pengarah bersama staf BPAS

Salam kepada semua,

Dimaklumkan bahawa majlis di atas akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 15 Jun 2011 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat BPAS

Semua Warga BPAS dikehendaki menghantar hadiah berharga minimum RM 10 bagi barangan bertema ruang tamu untuk acara ice breaking.

Majlis ini akan dikelolakan oleh Kelab BPAS. Semua AJK Kelab BPAS khususnya dan warga BPAS amnya diharapkan dapat memberi komitmen di dalam menjayakan program ini.

Antara acara yang diadakan adalah

a) Penyampaian Hadiah Ulang Tahun bagi Bulan Januari hingga Jun 2011
b) Penyampaian sumbangan kepada pengantin baru
c) Sumbangan kepada warga BPAS yang memperoleh cahaya mata pertama di BPAS
d) Cabutan bertuah
e) Penyerahan hadiah pertandingan Dart Terbuka Kelab BPAS
dan banyak lagi...

Kita jumpa di sana!!!

Friday, May 27, 2011

Sekitar Majlis Bacaan Yassin Mei 2011 Yang Lalu..

Mereka yang memberi komitmen




Pengerusi Kelab memberikan ucapan bernasnya..
Sicomel Admin

Tukang basuh pinggan



Thursday, May 26, 2011

Penyusunan Semula Unit di BPAS

Salam untuk semua,

Bermula 1 Jun 2011, BPAS akan berwajah baru dengan struktur organisasi yang baru. Rombakan kali ini bertujuan memantapkan operasi Bahagian ini.

Berdasarkan struktur baru itu nanti Seksyen Amanah dan Seksyen Sekuriti masing-masing ditukar kepada Seksyen Operasi dan Seksyen Pematuhan.

Seksyen Operasi terdiri dari Unit Tuntutan dan Unit Sekuriti. Manakala Unit Inspektorat dan Unit Akaun adalah dibawah Seksyen Pematuhan. Unit Pentadbiran pula akan diletakkan terus di bawah Pengarah BPAS.

Semoga dengan penstrukturan ini menjadi langkah-langkah ke arah menjayakan visi dan misi BPAS. Akhir kata Bravo BPAS!

Peta Bukit Jalil Golf & Country Resort, Kuala Lumpur

Seperti yang kita sedia maklum. Kelab BPAS akan mengadakan perlawanan antara Rumah-Rumah Sukan pada 25 Jun 2011 bersamaan hari Sabtu, pada jam 9.00 pagi di Bukit Jalil Golf & Country Resort, Kuala Lumpur. Semua peserta boling hendaklah menghubungi Ketua Pasukan masing-masing untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan.


Tarikh  : 25 Jun 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bukit Jalil Golf & Country Club

Peta Lokasi.

Wednesday, May 25, 2011

Majlis Yaasin dan Tahlil Kelab BPAS Bulan Mei 2011

Salam untuk semua,

Kelab BPAS akan menganjurkan Majlis Yaasin dan Tahlil Bulan Mei 2011 seperti berikut;



Tarikh : 27 Mei 2011 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat BPAS, Menara Maybank

Buat julung kalinya, majlis ini diisi dengan bacaan tahlil kepada arwah yang diberikan kepada Ketua Biro Kerohanian dan Dakwah Kelab BPAS. Tuan/puan masih boleh memberikan nama arwah yang ingin dihadiahkan pahala bacaan tahlil tersebut di borang yang diedarkan dan disertakan bersama memo dari Pengerusi Kelab BPAS.

Sumbangan makanan adalah dialu-alukan untuk jamuan ringan (pot luck) selepas majlis tersebut.

Untuk makluman tuan-tuan/puan-puan bahawa program 5S berlangsung seperti biasa pada setiap Jumaat. Pemakaian T-shirt berkolar adalah digalakkan sehingga Bulan Oktober 2011 iaitu tarikh jangkaan JANM memperoleh sijil 5S.

Selain itu juga, bermula Jun 2011, majlis Yaasin dan Tahlil akan dilangsungkan dua minggu sekali (berselang seminggu) kecuali hari Jumaat jatuh cuti umum.

Semoga kehadiran dan komitmen tuan-tuan dan puan-puan menceriakan acara tersebut. Semoga usaha kita semua ini diganjari Allah SWT jua, Amin!