Salam

Thursday, June 30, 2011

Pertandingan Antara Rumah Sukan 2011: Badminton

Salam untuk semua,

Acara Badminton antara rumah sukan 2011 akan berlangsung seperti berikut;

Tarikh: 16 Julai 2011
Masa : 9 pagi
Tempat : Dewan Badminton Kompleks Kota Raya

Kepada wakil pasukan, pastikan kehadiran anda. Semua warga BPAS dijemput memeriahkan acara dengan memberi sokongan padu kepada wakil rumah sukan anda. Sarapan pagi disediakan oleh Kelab BPAS. Kita jumpa di sana!

Majlis Ceramah Isra' Mikraj serta Yasin & Tahlil Bulan Jun 2011

Salam kepada semua,

Sempena 27 Rejab 1432 Hijrah pada hari Rabu yang lalu, sukacita Kelab BPAS menjemput tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ceramah sempena Isra' Mikraj bagi menginsafi peristiwa junjungan besar Nabi SAW dibawa dari kota Mekah ke Baitulmaqdis sebelum diangkat ke langit menerima jemputan Allah Azzawajalla.

Majlis di atas yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: 1 Julai 2011 (Jumaat)
Masa: 10 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat BPAS

Semoga komitmen tuan-puan dalam menghadiri majlis ilmu kita ini diberkati oleh Allah SWT jua.

Tuesday, June 21, 2011

Perbincangan pengerusi dan ahli jawatankuasa kelab bpas.. Merancang aktiviti kelab.

Wednesday, June 1, 2011

Jadual Ceramah di Surau Maybank

Berikut adalah Jadual Ceramah Harian yang diadakan di Surau Al-Insaf,  Tingkat 11, Menara Maybank. Sila rujuk kepada jadual untuk kemudahan Ahli Kelab Yang Muslim untuk mendengar ceramah.