Salam

Showing posts with label Biro Kerohanian. Show all posts
Showing posts with label Biro Kerohanian. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Jadual Ceramah di Surau Maybank

Berikut adalah Jadual Ceramah Harian yang diadakan di Surau Al-Insaf,  Tingkat 11, Menara Maybank. Sila rujuk kepada jadual untuk kemudahan Ahli Kelab Yang Muslim untuk mendengar ceramah.



Friday, January 21, 2011

Tazkirah Jumaat 01/2011

Terjemahan Al-Quran

Patutkah tiap-tiap seorang dari mereka berharap supaya dimasukan ke dalam Syurga yang penuh nikmat (sedang ia tidak beriman) ?
(Surah Al-Ma'aarij ayat 38)


Terjemahan Hadis

Hadis Ibnu Umar r.a. katanya:
Rasullah s.a.w. telah membahagikan harta rampasan perang kepada kami. Baginda juga telah mengasingkan satu perlima daripada bahagian kami untuk dibahagikan kepada orang-orang yang lebih tua.
(Riwayat Muslim. #3293)

Mutiara Kata

Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.

Wednesday, January 19, 2011

Taklimat MUAZZIN Surau BPAS

Dimaklumkan bahawa semalam juga berlangsung taklimat Muazzin (Tukang Azan) Surau BPAS. Taklimat tersebut disampaikan oleh Sahibus Samahah Tn. Hj. Zamberi Bin Muhamad, KPP(R) kita semua. Taklimat tersebut adalah bertujuan memperbaiki dan menambahbaik kualiti lafaz azan dan iqamah di kalangan Muazzin yang hebat-hebat belaka.

Taklimat yang disampaikan oleh SS Tn.Hj Zamberi Muhamad...Minyak pelincir ter'enter' frame...kena caj ke akaun kelab ni nampaknya...

Inilah teks yang digunakan sebagai rujukan kami semua pada taklimat ini...

Para Muazzin khusuk mendengar taklimat. En Zulkarnain sampai pegang dahi dalam menambah kefahaman beliau...


 Taklimat ini bertempat di bilik pegawai BPAS yang paling berkarisma...


Seorang Muazzin menggunakan taktik mencuri ilmu dari belakang tuan guru...hebat!


Kekusutan En. Zul telah dapat dileraikan tetapi mula berpindah kepada EN. Zainal disebelahnya...

Para Muazzin yang komited seperti En Farid, En. Rizal, En. Rizwan, En. Zulkarnain, En. Zainal, En, Zahirul, En. Azli, En. Fariz dan En Faiz telah menghadiri taklimat ringkas tetapi padat mampat dan sendat (bak kata En. Zulkarnain).


Kelab BPAS merakamkan jutaan terima kasih kepada SS Tn Hj Zamberi atas taklimat yang amat berguna dan insyaAllah menambah kualiti penyampaian para Muazzin. Kepada semua ahli warga BPAS terima kasih atas sebarang teguran membina. Kami mengalu-alukan cadangan dan harapan anda.

Komited. Mesra. Ceria.

Biro Publisiti & Informasi
Kelab BPAS