Salam

Tuesday, July 26, 2011

TADARUS ALQURAN 1432 HIJRAH

Salam semua!

Ramadhan pesta beribadah akan menjelang. Semua warga BPAS yang beragama Islam diwajibkan menyertai Tadarus Al-Quran tahun ini.

Tuan/puan akan dipecahkan kepada 10 kumpulan seperti yang diletakkan di papan kenyataan Kelab BPAS.
Senarai juzuk dan tempat juga dinyatakan. Masa bacaan jam 8.30 hingga 9.00 pagi setiap hari bekerja Bulan penuh berkat ini. Pada hari Jumaat Majlis bacaan Yaasin dan doa akan diadakan pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat BPAS.

Majlis Khatam dijangka pada 24 Ogos 2011. InsyaAllah.

Semarakkan Ramahan tahun ini. Semoga ianya menjadi Ramadhan terbaik di dalam hidup kita.

MAJLIS YAASIN, TAHLIL DAN JAMUAN KESYUKURAN SEMPENA RAMADHAN

Salam,

Kelab BPAS akan menganjurkan majlis di atas spt berikut seperti mana memo yang dikeluarkan ada hari ini

Tarikh : 29 Julai 2011(Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat :Bilik Mesyuarat BPAS

Semua warga BPAS dijemput.

Sumbangan makanan (pot luck) adalah dialu-alukan.

Pemberian nama arwah untuk dihadiahkan doa dibenarkan menggunakan borang yang diedar dan beserta sumbangan ikhlas. Serahkan borang tersebut kepada Pn Saridah Md Dom, Ketua Biro Kebajikan Kerohanian dan Dakwah II.

Semua AJK dan Biro terlibat secara total dan tiada pengecualian serta kompromi.

Sekian, terima kasih.

Thursday, June 30, 2011

Pertandingan Antara Rumah Sukan 2011: Badminton

Salam untuk semua,

Acara Badminton antara rumah sukan 2011 akan berlangsung seperti berikut;

Tarikh: 16 Julai 2011
Masa : 9 pagi
Tempat : Dewan Badminton Kompleks Kota Raya

Kepada wakil pasukan, pastikan kehadiran anda. Semua warga BPAS dijemput memeriahkan acara dengan memberi sokongan padu kepada wakil rumah sukan anda. Sarapan pagi disediakan oleh Kelab BPAS. Kita jumpa di sana!

Majlis Ceramah Isra' Mikraj serta Yasin & Tahlil Bulan Jun 2011

Salam kepada semua,

Sempena 27 Rejab 1432 Hijrah pada hari Rabu yang lalu, sukacita Kelab BPAS menjemput tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ceramah sempena Isra' Mikraj bagi menginsafi peristiwa junjungan besar Nabi SAW dibawa dari kota Mekah ke Baitulmaqdis sebelum diangkat ke langit menerima jemputan Allah Azzawajalla.

Majlis di atas yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: 1 Julai 2011 (Jumaat)
Masa: 10 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat BPAS

Semoga komitmen tuan-puan dalam menghadiri majlis ilmu kita ini diberkati oleh Allah SWT jua.

Tuesday, June 21, 2011

Perbincangan pengerusi dan ahli jawatankuasa kelab bpas.. Merancang aktiviti kelab.

Wednesday, June 1, 2011

Jadual Ceramah di Surau Maybank

Berikut adalah Jadual Ceramah Harian yang diadakan di Surau Al-Insaf,  Tingkat 11, Menara Maybank. Sila rujuk kepada jadual untuk kemudahan Ahli Kelab Yang Muslim untuk mendengar ceramah.



Saturday, May 28, 2011

Perjumpaan Pengarah bersama staf BPAS

Salam kepada semua,

Dimaklumkan bahawa majlis di atas akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 15 Jun 2011 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat BPAS

Semua Warga BPAS dikehendaki menghantar hadiah berharga minimum RM 10 bagi barangan bertema ruang tamu untuk acara ice breaking.

Majlis ini akan dikelolakan oleh Kelab BPAS. Semua AJK Kelab BPAS khususnya dan warga BPAS amnya diharapkan dapat memberi komitmen di dalam menjayakan program ini.

Antara acara yang diadakan adalah

a) Penyampaian Hadiah Ulang Tahun bagi Bulan Januari hingga Jun 2011
b) Penyampaian sumbangan kepada pengantin baru
c) Sumbangan kepada warga BPAS yang memperoleh cahaya mata pertama di BPAS
d) Cabutan bertuah
e) Penyerahan hadiah pertandingan Dart Terbuka Kelab BPAS
dan banyak lagi...

Kita jumpa di sana!!!

Friday, May 27, 2011

Sekitar Majlis Bacaan Yassin Mei 2011 Yang Lalu..

Mereka yang memberi komitmen




Pengerusi Kelab memberikan ucapan bernasnya..
Sicomel Admin

Tukang basuh pinggan



Thursday, May 26, 2011

Penyusunan Semula Unit di BPAS

Salam untuk semua,

Bermula 1 Jun 2011, BPAS akan berwajah baru dengan struktur organisasi yang baru. Rombakan kali ini bertujuan memantapkan operasi Bahagian ini.

Berdasarkan struktur baru itu nanti Seksyen Amanah dan Seksyen Sekuriti masing-masing ditukar kepada Seksyen Operasi dan Seksyen Pematuhan.

Seksyen Operasi terdiri dari Unit Tuntutan dan Unit Sekuriti. Manakala Unit Inspektorat dan Unit Akaun adalah dibawah Seksyen Pematuhan. Unit Pentadbiran pula akan diletakkan terus di bawah Pengarah BPAS.

Semoga dengan penstrukturan ini menjadi langkah-langkah ke arah menjayakan visi dan misi BPAS. Akhir kata Bravo BPAS!

Peta Bukit Jalil Golf & Country Resort, Kuala Lumpur

Seperti yang kita sedia maklum. Kelab BPAS akan mengadakan perlawanan antara Rumah-Rumah Sukan pada 25 Jun 2011 bersamaan hari Sabtu, pada jam 9.00 pagi di Bukit Jalil Golf & Country Resort, Kuala Lumpur. Semua peserta boling hendaklah menghubungi Ketua Pasukan masing-masing untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan.


Tarikh  : 25 Jun 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bukit Jalil Golf & Country Club

Peta Lokasi.

Wednesday, May 25, 2011

Majlis Yaasin dan Tahlil Kelab BPAS Bulan Mei 2011

Salam untuk semua,

Kelab BPAS akan menganjurkan Majlis Yaasin dan Tahlil Bulan Mei 2011 seperti berikut;



Tarikh : 27 Mei 2011 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat BPAS, Menara Maybank

Buat julung kalinya, majlis ini diisi dengan bacaan tahlil kepada arwah yang diberikan kepada Ketua Biro Kerohanian dan Dakwah Kelab BPAS. Tuan/puan masih boleh memberikan nama arwah yang ingin dihadiahkan pahala bacaan tahlil tersebut di borang yang diedarkan dan disertakan bersama memo dari Pengerusi Kelab BPAS.

Sumbangan makanan adalah dialu-alukan untuk jamuan ringan (pot luck) selepas majlis tersebut.

Untuk makluman tuan-tuan/puan-puan bahawa program 5S berlangsung seperti biasa pada setiap Jumaat. Pemakaian T-shirt berkolar adalah digalakkan sehingga Bulan Oktober 2011 iaitu tarikh jangkaan JANM memperoleh sijil 5S.

Selain itu juga, bermula Jun 2011, majlis Yaasin dan Tahlil akan dilangsungkan dua minggu sekali (berselang seminggu) kecuali hari Jumaat jatuh cuti umum.

Semoga kehadiran dan komitmen tuan-tuan dan puan-puan menceriakan acara tersebut. Semoga usaha kita semua ini diganjari Allah SWT jua, Amin!

Wednesday, April 27, 2011

Sukan antara rumah : Bowling...

Salam semua,

Adalah dimaklumkan bahawa anjuran Biro Sukan dan Rekreasi Kelab BPAS akan mengadakan acara bowling sempena sukan antara rumah seperti berikut;

Tarikh  : 25 Jun 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bukit Jalil Golf & Country Club

Semua peserta dikehendaki melapangkan masa untuk acara tersebut.

Setiap rumah perlu menghantar 8 orang peserta. Jika kurang dari 8 orang, pasukan tersebut akan bermain dengan kurang pemain atau mengaku kalah sahaja "WALK OVER"...

Kelab BPAS akan menanggung RM 3 per peserta dan RM 80 adalah dibiayai oleh pasukan masing-masing.

Kita jumpa di sana!

Wassalam

Yaasin dan Tahlil Ringkas Bulan April 2011

Salam semua,

Adalah dimaklumkan bahawa Kelab BPAS  menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk ke majlis di atas yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 29 April 2011 (Jumaat)
Masa  : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat BPAS

Sumbangan wang tunai dan makanan (pot luck) adalah dialu-alukan. Semoga kita semua diberkati-Nya.

Wassalam.

Friday, March 25, 2011

Perasmian Surau BPAS - Surau Al-Muiz


Surau BPAS telah selamat di rasmikan oleh Puan Azida Binti Aziz pada pagi ini selepas Majlis Bacaan Yassin yang diadakan secara bulanan oleh Kelab BPAS. Surau BPAS telah sepakat dinamakan dengan nama SURAU AL-MUIZ.

Saturday, February 26, 2011

Perjumpaan Pengurusan BPAS

Salam warga BPAS,

Satu majlis perjumpaan semua warga BPAS dengan pihak pengurusan BPAS akan diadakan pada 28 Februari 2011 (Isnin) jam 11.30 pagi di Bilik Mesyuarat BPAS.

Tujuan perjumpaan ini meraikan perpisahan TP(A), En.Lim Wing Choong dan PP(KP), En. Rizal Ahmad Hariri yang masing-masing akan berpindah ke Kementerian Dalam Negeri dan Agensi Penguatkuasaan Maritim. Selain itu juga dimaklumkan bahawa Cik Farah Nadia juga akan menamatkan perkhidmatan beliau.

Kelab BPAS telah ditugaskan untuk menyediakan cenderahati bagi majlis tersebut.

Semua warga BPAS adalah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut dengan membawa kuih-muih dan buah-buahan. Makanan utama telah disediakan oleh pihak pentadbiran BPAS.

Thursday, February 24, 2011

Bermulanya sukan Kelab BPAS Tahun 2011

Salam semua warga BPAS,

Sukan Kelab BPAS 2011 telah bermula dari 21 Februari 2011. Untuk julung kalinya, acara outdoor akan memulakan mengambil tempat terlebih dahulu.

Sukan pertama yang dimaikan adalah ping pong.

Semua pemain dinasihatkan mematuhi waktu rehat dan bersedia untuk bertanding! Selamat maju jaya!

Ceramah Kepenggunaan oleh FOMCA

Salam kepada semua warga BPAS,

Kelab BPAS akan menganjurkan ceramah bertajuk Pengguna Proaktif : Isu-isu Kepenggunaan oleh wakil FOMCA pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut;

Tarikh : 3 Mac 2011 (Khamis)
Masa : 9.45 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat BPAS

Makanan dan minuman adalah disediakan.

Tuan-tuan/puan-puan adalah dijemput untuk menjayakan sesi ceramah tersebut dalam menambah pengetahuan tentang ilmu kepenggunaan.

Rekod kehadiran akan diambil dan akan direkodkan untuk pengeluaran sijil kursus dalaman BPAS.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, February 8, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah Anjuran Kelab BPAS

Salam,

Dimaklumkan bahawa Biro Kerohanian dan Dakwah akan menganjurkan majlis di atas seperti berikut;

Tarikh : 17 Februari 2011 (Khamis)
Masa : 12.45 tengahari
Tempat: Bilik Mesyuarat BPAS
Aturcara Majlis:
              12.30 tgh -ketibaan semua hadirin
              12.45 tgh -Ceramah oleh SS Ustaz Abdul Shahiid
              1.30 tgh -Jamuan Pot Luck( Dialu-alukan untuk sumbangan makanan)
              1.50 tgh -Solat Jemaah Fardhu Zuhur di Surau BPAS
              2.00 ptg -Bersurai

Memo akan dikeluarkan kemudian dan tertakluk kepada sebarang perubahan.

Sekian, terima kasih.

Friday, January 28, 2011

Naga berapi...mampukah mereka berapi?

Salam,

Kumpulan 1 memilih nama pasukan naga...Nama cukup ganas, harap mampu menyesuaikan nama dengan kegagahannya...Tunggu dan saksikan mereka tahun ini! Di atas kertas mereka antara favourite...

Wednesday, January 26, 2011

Harimau mengaum! Nama pasukan ke-2

Kira garang ni!

Pasukan kedua telah memilih nama harimau. Mengambil semangat sang belangkaanya!
Nantikan ngauman pasukan kuning.. 

Kapten En Rajendran. 
Assistant En Fariz M Hata.
Warna tema Kuning

Yaasin dan Gotong Royong Ringkas Kelab BPAS (Updated)


Salam,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab BPAS akan menganjurkan Yaasin dan Gotong Royong Ringkas Kelab BPAS seperti berikut;

Tarikh     : 28 Januari 2010 (Jumaat)
Masa      : 8.30 pagi
Tempat   : Surau BPAS.

Julung-julung kali Yaasin akan diadakan di surau BPAS dan gotong royong membersihkan surau akan dilakukan dalam masa hanya 15 minit.

Semua warga BPAS dijemput menyumbang makanan (pot luck) manakala air disediakan oleh Kelab BPAS.

Biro Kerohanian dan Dakwah Kelab BPAS akan membuat kutipan sumbangan dalam bentuk wang tunai dengan melakukan edaran tabung surau semasa acara berlangsung dan dari individu ke individu di pejabat. Sumbangan peralatan ibadah seperti Al-Quran, Yaasin, Ma'thurat, kitab-kitab, buku-buku ilmiah, telekong, sejadah, kopiah dan lain-lain lagi adalah dialu-alukan.

Memo Kelab BPAS akan menyusul dan tertakluk kepada sebarang perubahan.

Semoga apa yang dirancang terlaksana, insya-Allah.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Monday, January 24, 2011

T-REX : nama pasukan 3!

Salam
 
Malas nak cerita! ada berani?

Kumpulan 3 menamakan pasukan mereka T-Rex, seekor dinasour yang gagah dan kuat! Bertemakan warna hijau, mampukah t-rex mengaum? Ketua pasukan En Faiz Mustafar dan Penolongnya, Faezah Abdullah Sani. Bravo T-Rex!

Pelarasan Yuran Kelab BPAS yang baharu

Salam,
Adalah dimaklumkan bahawa Kelab BPAS telah melaraskan kadar yuran yang baharu seperti berikut;

1) Kadar yuran gred 54 diselaraskan dari RM 30.00 ke RM 40.00.
2) Kadar yuran untuk semua gred jawatan adalah minimum RM 4.00.

Sekian, terima kasih.

Kelas Tajwid 25 Januari 2011 (Selasa)

Salam
Adalah dimaklumkan bahawa semua pelajar kelas tajwid anjuran Biro Kerohanian dan Dakwah akan diadakan seperti biasa iaitu;

Tarikh   : 25 Januari 2011 (selasa)
Masa    : 12.45 tgh.
Tempat : Bilik Mesyuarat BPAS.

Sekian, terima kasih.

Sunday, January 23, 2011

Perbincangan Pasukan Sukan Kelab BPAS

Salam,

Sukacita diingatkan agar semua wakil membuat perbincangan dengan semua ahli pasukan masing-masing. Wakil pasukan merupakan ketua pasukan sementara dan pasukan boleh melantik ketua pasukan yang baharu.

Pemilihan nama pasukan adalah berdasarkan tema nama haiwan dengan mengambil sifat positifnya dan tertakluk di atas kelulusan Biro Sukan dan Rekreasi. Warna tema pasukan adalah seperti berikut;

PASUKAN 1 : MERAH
PASUKAN 2 : KUNING
PASUKAN 3 : HIJAU


Adalah diingatkan agar semua pasukan yang ingin membuat pakaian sukan atau jersi rasmi berurusan dengan Biro Cenderamata bagi membincangkan mekasnima perolehan pakaian tersebut. Sebarang kos pembelian pasukan adalah ditanggung oleh ahli-ahlinya.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Saturday, January 22, 2011

Yaasin dan Gotong Royong Ringkas Kelab BPAS

Salam,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab BPAS akan menganjurkan Yaasin dan Gotong Royong Ringkas Kelab BPAS seperti berikut;

Tarikh     : 28 Januari 2010 (Jumaat)
Masa      :  (akan diberitahu kelak)
Tempat   : Surau BPAS.

Julung-julung kali Yaasin akan diadakan di surau BPAS dan gotong royong membersihkan surau akan dilakukan dalam masa hanya 15 minit.

Semua warga BPAS dijemput menyumbang makanan (pot luck) manakala air disediakan oleh Kelab BPAS.

Biro Kerohanian dan Dakwah Kelab BPAS akan membuat kutipan sumbangan dalam bentuk wang tunai dengan melakukan edaran tabung surau semasa acara berlangsung dan dari individu ke individu di pejabat. Sumbangan peralatan ibadah seperti Al-Quran, Yaasin, Ma'thurat, kitab-kitab, buku-buku ilmiah, telekong, sejadah, kopiah dan lain-lain lagi adalah dialu-alukan.

Memo Kelab BPAS akan menyusul dan tertakluk kepada sebarang perubahan.

Semoga apa yang dirancang terlaksana, insya-Allah.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Bacaan Doa Memulakan Pekerjaan Jam 8.30 pagi

Salam,

Adalah dimaklumkan kepada semua pembaca doa memulakan pekerjaan bersedia awal (naik ke pejabat selepas bersarapan) sebelum jam 8.30 pagi kerana bacaan doa tersebut akan dilakukan tepat jam 8.30 pagi.

Perlaksnaan ini adalah selaras dengan arahan TP(A). Sila patuhi arahan ini berkuatkuasa serta merta. Semoga usaha murni kita ini mendapat keberkatan Allah SWT jua.

Sekian, terima kasih.

Wassalam

Friday, January 21, 2011

Mesyuarat AJK KeLaB BPAS Bil 1/2011

Untuk Makluman AJK

Mesyuarat akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh    :    24 Januari 2011 (Isnin)
Masa     :    11:00 pagi
Tempat  :    Bilik Mesyuarat BPAS

Tazkirah Jumaat 01/2011

Terjemahan Al-Quran

Patutkah tiap-tiap seorang dari mereka berharap supaya dimasukan ke dalam Syurga yang penuh nikmat (sedang ia tidak beriman) ?
(Surah Al-Ma'aarij ayat 38)


Terjemahan Hadis

Hadis Ibnu Umar r.a. katanya:
Rasullah s.a.w. telah membahagikan harta rampasan perang kepada kami. Baginda juga telah mengasingkan satu perlima daripada bahagian kami untuk dibahagikan kepada orang-orang yang lebih tua.
(Riwayat Muslim. #3293)

Mutiara Kata

Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.

Wednesday, January 19, 2011

Agenda Pertama AJK Biro Sukan KeLaB BPAS



Perbincangan bersama  Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Biro Sukan Kelab BPAS untuk aktiviti-aktiviti dan game-game yang bakal dipertandingkan nanti. Semoga Biro Sukan yang baru mampu menjana aktiviti menarik bagi tahun ini.