Salam

Wednesday, January 26, 2011

Yaasin dan Gotong Royong Ringkas Kelab BPAS (Updated)


Salam,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab BPAS akan menganjurkan Yaasin dan Gotong Royong Ringkas Kelab BPAS seperti berikut;

Tarikh     : 28 Januari 2010 (Jumaat)
Masa      : 8.30 pagi
Tempat   : Surau BPAS.

Julung-julung kali Yaasin akan diadakan di surau BPAS dan gotong royong membersihkan surau akan dilakukan dalam masa hanya 15 minit.

Semua warga BPAS dijemput menyumbang makanan (pot luck) manakala air disediakan oleh Kelab BPAS.

Biro Kerohanian dan Dakwah Kelab BPAS akan membuat kutipan sumbangan dalam bentuk wang tunai dengan melakukan edaran tabung surau semasa acara berlangsung dan dari individu ke individu di pejabat. Sumbangan peralatan ibadah seperti Al-Quran, Yaasin, Ma'thurat, kitab-kitab, buku-buku ilmiah, telekong, sejadah, kopiah dan lain-lain lagi adalah dialu-alukan.

Memo Kelab BPAS akan menyusul dan tertakluk kepada sebarang perubahan.

Semoga apa yang dirancang terlaksana, insya-Allah.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

1 comment:

  1. Gi cari Zulkarnaian cepat....kuat mengulat 2....hahhahahaa...

    ReplyDelete