Salam

Wednesday, January 19, 2011

Taklimat MUAZZIN Surau BPAS

Dimaklumkan bahawa semalam juga berlangsung taklimat Muazzin (Tukang Azan) Surau BPAS. Taklimat tersebut disampaikan oleh Sahibus Samahah Tn. Hj. Zamberi Bin Muhamad, KPP(R) kita semua. Taklimat tersebut adalah bertujuan memperbaiki dan menambahbaik kualiti lafaz azan dan iqamah di kalangan Muazzin yang hebat-hebat belaka.

Taklimat yang disampaikan oleh SS Tn.Hj Zamberi Muhamad...Minyak pelincir ter'enter' frame...kena caj ke akaun kelab ni nampaknya...

Inilah teks yang digunakan sebagai rujukan kami semua pada taklimat ini...

Para Muazzin khusuk mendengar taklimat. En Zulkarnain sampai pegang dahi dalam menambah kefahaman beliau...


 Taklimat ini bertempat di bilik pegawai BPAS yang paling berkarisma...


Seorang Muazzin menggunakan taktik mencuri ilmu dari belakang tuan guru...hebat!


Kekusutan En. Zul telah dapat dileraikan tetapi mula berpindah kepada EN. Zainal disebelahnya...

Para Muazzin yang komited seperti En Farid, En. Rizal, En. Rizwan, En. Zulkarnain, En. Zainal, En, Zahirul, En. Azli, En. Fariz dan En Faiz telah menghadiri taklimat ringkas tetapi padat mampat dan sendat (bak kata En. Zulkarnain).


Kelab BPAS merakamkan jutaan terima kasih kepada SS Tn Hj Zamberi atas taklimat yang amat berguna dan insyaAllah menambah kualiti penyampaian para Muazzin. Kepada semua ahli warga BPAS terima kasih atas sebarang teguran membina. Kami mengalu-alukan cadangan dan harapan anda.

Komited. Mesra. Ceria.

Biro Publisiti & Informasi
Kelab BPAS

2 comments:

  1. Semoga niat Muazzin sehebat Bilal Bin Rabah...Seruan Makruf ke jalan Ilahi. Semoga Agama Allah terus jaya

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah semoga Allah sentiasa merahmati mereka semua

    ReplyDelete